Pages

Pendidikan Awal Kanak-kanak


LATAR BELAKANG KUMPULAN

 Kumpulan  ini ditubuhkan pada minggu ke-dua kuliah, kami bersepakat untuk memberi   nama An-Nur(cahaya). Kumpulan ini terdiri daripada 5 orang ahli. Kami memilih nama An-Nur kerana kami berasa hidup ini amat memerlukan cahaya, tanpa cahaya kami ibarat hidup dalam kegelapan. Tanpa cahaya kehidupan makhluk menjadi suram. Jadi cahaya itu amat bermakna kepada kami. Sebelum membuat keputusan untuk menyiapkan tugasan ini, pelbagai idea dan cadangan diberikan oleh ahli kumpulan ini.

Oleh itu kami bersepakat memilih Kad ABM Huruf Hijaiyah. Mengapa kami memilih kad ABM Huruf Hijaiyah? Sebabnya adalah kerana kami merasakan kad ini mampu dimiliki oleh semua golongan. Tidak kira kaya atau miskin. Sepertimana yang kita maklum tidak semua keluarga di Malaysia merupakan golongna bertuah. Untuk tujuan pendidikan kita tidak boleh mengetepikan golongan yang kurang mampu. Oleh itu, golongan tersebut juga mampu memiliki kad ABM keluaran kami.


DEFINISI ABM

ABM ialas segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan proses pengajaran. ABM ini merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.


JENIS ABM

Jenis ABM terbahagi kepada 3, iaitu:
  •     ABM bukan elektronik
  •        ABM berbentuk elektronik
  •        ABM bercorak pengalaman



CONTOH AKTIVITI ABM

  •          ABM ( FLASH CARD)

v  Guru dan  kanak – kanak  boleh  menyanyi
v  Boleh  digunakan aktiviti  pazel
v  Susunan huruf  hijaiyah


MEMBINA  ABM

Langkah-langkah:


1. Sediakan bahan-bahan seperti pisau, kertas, pensil, polisterin dan warna air.


2. Buat lakaran huruf hijaiyah diatas kertas dahulu.


3. Huruf tersebut akan dipotong dan diletakkan di atas polisterin.



4. Kemudian polisterin itu dipotong dan setelah selesai kerja pemotongan, polisterin tersebut diwarnakan.


5. Inilah hasil huruf-huruf yang telah dihasilkan.


6. Setelah huruf-huruf tersebut siap, seterusnya kita ke proses membuat kad pula. Kami memilih bentuk kereta, ini kerana ia dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca.



7. Inilah hasil kad yang telah di potong, hiaskan dengan warna di sekeliling bentuk kereta tersebut mengikut kreativiti.


8. Akhir sekali, setelah siap lekatlan huruf hijaiyah tadi di atas kad tersebut.


AKHIRNYA, INILAH KAD-KAD YANG TELAH DIHASILKAN... COMEL, KAN??? HEHEHE..... KAWAN-KAWAN CUBALAH... =)


An- Nur "ALIF BA TA" Mini Flash Card





KEBAIKAN KAD ABM
  •          Mudah dibawa.

-          Kad ini mudah dibawa kerana ia bersaiz kecil dan boleh disimpan didalam poket, beg tangan, bekas pensil dan sebagainya. Dia tidak membebankan kanak- kanak untuk membawanya kerana ia kecil dan cantik.
  •          Ringan.

-          Kad ini  tidak  menggunakan  bahan  yang  berat  kerana bahan  asasnya  menggunakan  polisterin.
  •          Menjimatkan kos.

-          Kad  ini  tidak  menggunakan banyak  kos  kerana bahannya menggunakan kos yang  rendah.
  •          Kad yang bersaiz sederhana.

-          Kad ini  telah  disediakan saiz  yang  sederhana  kerana kanak -  kanak  boleh membawanya  dalam  poket.


KESIMPULAN

Konklusinya, kami berpuas hati dengan hasil kerja kami. Walaupun  pelbagai masalah dihadapi namun kami tetap dapat mengatasinya terutamanya dalam membina blog bagi mempromosikan hasil kerja kami ini. Kami berharap ABM kami ini mendapat sambutan yang menggalakan. Seterusnya kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya pensyarah kami dan rakan-rakan lain yang sudi menghulurkan bantuan. Kami juga berharap kumpulan An-Nur ini menjadi satu kumpulan yang sentiasa diikuti oleh blogger-blogger lain dalam mendapatkan idea untuk menarik perhatian kanak-kanak dalam sesi pembelajaran.


RUJUKAN

1. Laman-laman blog
2. Buku rancangan mengajar
3. Nota-nota Puan Haliza
4. Alat bantu mengajar










No comments:

Post a Comment