Pages

Guru Muslim


Etika Guru Muslim 



Apakah etika guru muslim?
Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh pelbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal, ia boleh diusahakan secara individu dan kemudiannya dapat diperbaiki oleh golongan pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion dalam bidang perguruan. Antara yang boleh dirumuskan adalah: 

Tanggungjawab Terhadap Allah 



Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut: 
1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. 
2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. 
3. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam. 
4. Guru Muslim harus melaksanakan kewajipan agama, menjauhi laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. 
5. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dan merendahkan diri kepadaNya.

 Tanggungjawab Terhadap Diri 



1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosi, mental mahupun moral. 
2. Mementingkan kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal. 
3. Mengetahui kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri untuk dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. 
4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara. 
5. Melibatkan diri dalam program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru. 


Tanggungjawab Terhadap Ilmu 


Guru muslim hendaklah : 
1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. 
2. Beriltizam dengan amanah ilmiah. 
3. Prihatin dalam mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. 
4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi dalam pengajaran ilmu yang berkaitan. 
 5. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat. 



Tanggungjawab terhadap Profesion


1. Seorang guru tidak boleh berkelakuan yang kurang baik sehingga boleh menjejaskan profesionnya dan menyebabkan orang lain kurang percaya dengan profesion perguruan. 
2. Guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada kejatuhan maruah diri dan kehilangan amanah terutamanya dari segi kewangan. 
3. Guru harus menjalankan tugasnya dengan jujur. 
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. 
5. Guru haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan. 
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajarnya ke arah matlamat yang dapat  diterima oleh masyarakat. 




No comments:

Post a Comment