Pendidikan Awal Kanak-kanak
LATAR
BELAKANG KUMPULAN
Kumpulan
ini ditubuhkan pada minggu ke-dua kuliah, kami bersepakat untuk
memberi nama An-Nur(cahaya). Kumpulan
ini terdiri daripada 5 orang ahli. Kami memilih nama An-Nur kerana kami berasa
hidup ini amat memerlukan cahaya, tanpa cahaya kami ibarat hidup dalam kegelapan.
Tanpa cahaya kehidupan makhluk menjadi suram. Jadi cahaya itu amat bermakna
kepada kami. Sebelum membuat keputusan untuk menyiapkan tugasan ini, pelbagai
idea dan cadangan diberikan oleh ahli kumpulan ini.
Oleh
itu kami bersepakat memilih Kad ABM Huruf Hijaiyah. Mengapa kami memilih kad
ABM Huruf Hijaiyah? Sebabnya adalah kerana kami merasakan kad ini mampu
dimiliki oleh semua golongan. Tidak kira kaya atau miskin. Sepertimana yang
kita maklum tidak semua keluarga di Malaysia merupakan golongna bertuah. Untuk
tujuan pendidikan kita tidak boleh mengetepikan golongan yang kurang mampu.
Oleh itu, golongan tersebut juga mampu memiliki kad ABM keluaran kami.
DEFINISI
ABM
ABM ialas segala kelengkapan yang digunakan
oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan proses pengajaran. ABM ini
merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dirasai,
dihidu, digunakan dan sebagainya.
JENIS
ABM
Jenis ABM
terbahagi kepada 3, iaitu:
- ABM bukan elektronik
- ABM berbentuk elektronik
- ABM bercorak pengalaman
CONTOH
AKTIVITI ABM
- ABM ( FLASH CARD)
v Guru
dan kanak – kanak boleh
menyanyi
v Boleh digunakan aktiviti pazel
v Susunan
huruf hijaiyah
MEMBINA ABM
Langkah-langkah:
1. Sediakan bahan-bahan seperti pisau, kertas, pensil, polisterin dan warna air.
1. Sediakan bahan-bahan seperti pisau, kertas, pensil, polisterin dan warna air.
2. Buat
lakaran huruf hijaiyah diatas kertas dahulu.
3. Huruf
tersebut akan dipotong dan diletakkan di atas polisterin.
4. Kemudian
polisterin itu dipotong dan setelah selesai kerja pemotongan, polisterin tersebut
diwarnakan.
5. Inilah hasil huruf-huruf yang telah dihasilkan.
6. Setelah huruf-huruf tersebut siap, seterusnya kita ke proses membuat kad pula. Kami memilih bentuk kereta, ini kerana ia dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca.
7. Inilah hasil kad yang telah di potong, hiaskan dengan warna di sekeliling bentuk kereta tersebut mengikut kreativiti.
8. Akhir sekali, setelah siap lekatlan huruf hijaiyah tadi di atas kad tersebut.
AKHIRNYA, INILAH KAD-KAD YANG TELAH DIHASILKAN... COMEL, KAN??? HEHEHE..... KAWAN-KAWAN CUBALAH... =)
An- Nur "ALIF BA TA" Mini Flash Card
KEBAIKAN
KAD ABM
- Mudah dibawa.
-
Kad ini mudah dibawa
kerana ia bersaiz kecil dan boleh disimpan didalam poket, beg tangan, bekas
pensil dan sebagainya. Dia tidak membebankan kanak- kanak untuk membawanya
kerana ia kecil dan cantik.
- Ringan.
-
Kad ini tidak
menggunakan bahan yang
berat kerana bahan asasnya
menggunakan polisterin.
- Menjimatkan kos.
-
Kad ini
tidak menggunakan banyak kos
kerana bahannya menggunakan kos yang
rendah.
- Kad yang bersaiz sederhana.
-
Kad ini telah
disediakan saiz yang sederhana
kerana kanak - kanak boleh membawanya dalam
poket.
KESIMPULAN
Konklusinya,
kami berpuas hati dengan hasil kerja kami. Walaupun pelbagai masalah dihadapi namun kami tetap
dapat mengatasinya terutamanya dalam membina blog bagi mempromosikan hasil
kerja kami ini. Kami berharap ABM kami ini mendapat sambutan yang menggalakan.
Seterusnya kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya pensyarah
kami dan rakan-rakan lain yang sudi menghulurkan bantuan. Kami juga berharap
kumpulan An-Nur ini menjadi satu kumpulan yang sentiasa diikuti oleh
blogger-blogger lain dalam mendapatkan idea untuk menarik perhatian kanak-kanak
dalam sesi pembelajaran.
RUJUKAN
1. Laman-laman blog
2. Buku rancangan mengajar
3. Nota-nota Puan Haliza
4. Alat bantu mengajar
Guru Muslim
Etika Guru Muslim
Apakah etika guru muslim?
Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai
oleh pelbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal, ia boleh diusahakan secara individu dan kemudiannya dapat diperbaiki oleh golongan pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion dalam bidang perguruan. Antara yang boleh dirumuskan adalah:
Tanggungjawab Terhadap Allah
Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut:
1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada
Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.
2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi
amalan harian.
3. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam
dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.
4. Guru Muslim harus melaksanakan kewajipan agama, menjauhi laranganNya dan
menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
5. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa
kepadaNya dan merendahkan diri kepadaNya.
Tanggungjawab Terhadap Diri
1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari
aspek fizikal, emosi, mental mahupun moral.
2. Mementingkan kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.
3. Mengetahui kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri untuk dimanfaatkan serta
ditingkatkan dari segenap aspek.
4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat sebanyak
mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.
5. Melibatkan diri dalam program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti
profesion sebagai seorang guru.
Tanggungjawab Terhadap Ilmu
Guru muslim hendaklah :
1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.
2. Beriltizam dengan amanah ilmiah.
3. Prihatin dalam mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi dalam pengajaran ilmu yang
berkaitan.
5. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan
keamanan umat manusia sejagat.
Tanggungjawab terhadap Profesion
1. Seorang guru tidak boleh berkelakuan yang kurang baik sehingga boleh menjejaskan profesionnya dan menyebabkan orang lain kurang percaya dengan profesion perguruan.
2. Guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada kejatuhan maruah diri dan kehilangan amanah terutamanya dari segi kewangan.
3. Guru harus menjalankan tugasnya dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan
para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak
kira bangsa, agama atau kepercayaan.
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk
tingkah laku para pelajarnya ke arah matlamat yang dapat diterima oleh
masyarakat.
Alif Ba Ta
Subscribe to:
Posts (Atom)